CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

KeiNDaHan Yg x DpT DiLuaHKaN ^^




Berdoa utk seorang insan yg akan menjadi sebhgn dr hdup ni.. ^_^
Agar die menjadi insan yg sempurna di dunia & di akhirat...jd hidupnye tidaklah sia-sia...
Sentiase mendoakan agar die jd....
Seorg insan yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH) lebih dr segalanye...
Insan punyai hati yg sungguh haus akan rahmatMu...
Sentiasa memiliki keinginan utk mentauladani sifat2 agung-Mu...
Seorg insan yg akan meletakkan diri sy pd posisi kedua di hatinye setlh Engkau...
Seorg insan yg hdup bkn utk dirinye sendiri tapi untuk-Mu...
Seorg insan yg punyai hati yg bijak bkn hanya sekadar otak yg cerdas...

Seorang insan yg x hanya mencintai sy tetapi juga menghormati sy...
Seorg insan yg x hanya memuja sy tapi juga menasihati sy ketika berbuat salah...
Seorg insan yg mencintai sy bkn krn kecantikan tapi krn hati sy...
Seorg insan yg dpt menjadi sahabat dlm stiap waktu & situasi...
Seorg insan yg memerlukan dorongan sy sbg peneguh dirinye...
Seorg insan yg memerlukan doa sy utk kehidupannye...
Seorg insan yg memerlukan snyuman sy utk mengurangi kesedihannye...
Seorg insan yg memerlukan sy utk menyempurnakan hidupnye...

DAN sy juge berdoa agar insan ni menjadikan SAYA...
Seorg perempuan yg dpt membuat die gembire & bangga...
Punyai sebuah hati yg bersih & hati yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH)...
Agar sy dpt mencintai insan itu tanpa melupakan-Mu...^^

Selalu berdoa utknye...
Kerap memberi kata2 sokongan kpdnye...
Agar dpt memupuk semangat membuat kebaikan dlm dirinye setiap hari...
Sentiasa dpt melihat hal2 yg baik dlm dirinya & bukan hal2 buruk sje...
Pengukir senyumannya pd setiap pagi hari...
Pengubat kepenatannnye pd setiap malam hari...

Dan apabila kami menghadap-Mu kadang kala hati kami akan berdetik...
"Betape besarnye Engkau krn tlh memberikan kpdku
seseorg yg dpt membuat hidup ini menjadi lebih sempurna"

ALHAMDULILLAH



^_^



ish3 karat habes demam2 ni...
skali skale karat xpekan... :P


Nak Tau Tak...??




15 RAHSIA WANITA YANG ANDA KENE TAHU..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda kene fahamlah ye.

Jadi paham2lah ye... peace ^_^

Our Weapon


Doa ialah senjata orang mukmin. Maka janganlah putus asa dalam berdoa kepada Allah. Antara syarat-syarat supaya doa dimakbulkan Allah ialah:



  • Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.

  • Menepati adab dan rukun berdoa; Imam al-Ghazali Rahimahullah ada menyebut dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin antaranya: - Mestilah memerhatikan waktu-waktu yang syarifah (mulia). Mencari waktu-waktu yg maqbul misalnya hari Arafah, Jumaat.

  • Menuntut keadaan yg baik , misalnya keadaan sangat berhajat / suntuk.

  • Menghadap kiblat.

  • Merendahkan suara diantara dengar dan tidak.

  • Tidak dengan cara takalluf / tidak mengeraskan bunyi suara.

  • Disertai khusyuk /tadarru’ /rasa haibah dan rahabah kan tuhan.

  • Dengan azam doa pasti diterima. Cuma masa saja hukmul waqti (berlaku hanya apabila tiba masanya).

  • Bersungguh-sungguh dan mengulang-ulangi doa.

  • Dimulai dengan dengan nama Allah, selawat , zikrul Allah.

  • Adab batin.

  • Melakukan kebajikan sebelum dan sesudah berdoa.

  • Meyakini bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa kita tidak kira cepat atau lambat.

  • Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau dosa.

  • Bukan berdoa untuk perkara yang mustahil diperoleh.

  • Hendaklah sentiasa melakukan suruhan Allah dann menjauhi larangannya.

  • Meyakini kekuasaan dan ikhlas berdoa kepada Allah.

  • Berusaha dan berikhtiar sejajar dengan apa yang didoakannya.

  • Doa mestilah dihadapkan dan diminta hanya daripada Allah sahaja..

    Doa Islah (membaiki agama) yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w :



    أللهمَّ أصَْلِحْ لِى فِى دِيْنِى الْذِّى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى .وَأَصِلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشِى وَأَصِلِحْ لِى أَخِرَتِى التى فِيْهَا مَعَادِى .وَجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِىْ فِى كُلَّ خَيْرٍ وَالْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ.وَلاَ تَجْعَلْ مُصيِْبَتِى فِى دِيْنِى وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّى وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِى.



    Ertinya : Wahai Allah , baikilah bagiku agamaku yang mana ia adalah pemeliharaku urusanku. Dan baikilah bagiku duniaku yang mana padanya tempat-tempat kehidupanku. Dan baikilah bagiku akhiratku yang mana padanya tempat-tempat kembaliku . Dan jadikan hidupku bertambah baik pada tiap-tiap kebajikan , dan maut sebagai kerehatan bagiku dari tiap-tiap kejahatan. Janganlan engkau jadikan musibah /bala pada agamaku , dan janganlah engkau jadikan dunia yang lebih besar dari cita-citaku dan jangan jadikan dunia hujung-hujung kesudahan pengetahuanku.

LeT ALLAH DeCiDe ~OuR FaTe~

pic from blog LAKARAN HIDUPKU...

Cinta yg dialirkan oleh Allah ke dlm hati is cinta yg benar... Cinta yg bkn diukur ikut pandangan mata tpi ikut pandangan Allah... Cinta mcm ni xde batasannye... X kenal kedudukan or usia... And cinta lahir hasil dari sesame luv pada Allah...insyaAllah *-*
If cinta mcm ni berlaku between lelaki dgn perempuan yg x diikat oleh tali perkahwinan, mereka xkan berkeinginan yg tergesa2 utk berjumpa, berckp or melakukan apa saja yg bertentangan dgn kemahuan Allah...
Cinta mereka xkan dicelahi oleh nafsu... sbaliknya cinta itu ialah tautan hati yg berlaku walaupun x prnah jumpa or baru knl tpi hati still syg dan rindu...

oh how sweet if I can feel it... ^^

DiRi SenDiRi DuLu


ENGKAU ingin memperjuangkan Islam
Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu
Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu
Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?
Engkau hayati lebih dahulu
Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran
Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu
Islamkanlah diri lebih dahulu
Sebelum meng-Islamkan orang
Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya
Mana boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam
Di dalam diri belum selesai
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya
Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu
Orang akan melihatnya
Kalau indah dilihatnya
Akan ramai pula yang akan memakainya
Islam bukan macam menjual barang
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai
Kita tidak memakai apa yang kita jual, orang tidak akan mempertikaikan
Tapi Islam adalah keyakinan, keindahan dan keselamatan
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya... ^_^

Petua Mencari Calon Suami Yg Baik

1. Yang mampu.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

KasihaN GadiS CantiK iTu


Gadis cantik itu..
Aku rasa kasihan padanya
Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, senyumnya manis sekali
Ah! Pastinya sang kumbang bermata keranjang suka melihat
Ke mana sahaja dia pergi sang kumbang akan automatik naik gatal
Kumbang-kumbang itu bukan sembarangan kumbang
Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah
Aduh kasihan..
Imannya diuji bertalu-talu!

Gadis cantik itu
Aku tahu dia punya pendirian
Mahu jual mahal
Tapi bila saat lelaki yang kononnya 'mahal' datang kepadanya
Dia juga hampir kecundang
Dia juga mula merasa dirinya sungguh cantik
Aduh kasihan..

Gadis cantik itu mahu berubah
Mahu ikut serta barisan dakwah
Tapi ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dakwah itu kerja orang laki-laki
Tak elok orang perempuan selalu keluar rumah

Melihat orang berpurdah
Terbit di hati si gadis cantik mahu pakai purdah
Tapi si gadis tidak rasa bersedia
Tidak rasa kuat
Aduh kasihan..
Lagi kasihan kalau dia fikir
Wajahnya itu rugi kalau tidak ditayang

Gadis cantik itu mahu nikah
Tapi ditunggunya lelaki sefikrah
Aduh...aku rasa kasihan lagi
Bila mahu nikah kalau menunggu sebegitu

Gadis cantik itu..
Terus menerus lagi menghadapi arus
Menepis-nepis fitnah yang datang menghunus
Fitnah kejam, fitnah jahat, fitnah busuk..
Kasihan gadis itu...

...byk benefit bile dah single ni...


Blog BARU, dpt handphone BARU, dpt mekap BARU, dpt baju BARU, dpt tudung BARU, dpt jam BARU, dpt ilmu BARU, dpt pengalaman BARU, dpt gamba BARU, dpt berat badan BARU (:P), dpt kawan2 BARU, hari BARU...eh silap hari RABU, pakwe err... skandal err... yg tu x dpt nk nolong... ^_^

Hidop single pn best jugek... still terkawal & bole jage diri sendiri... mase kapel2 dulu langsung xde mase untuk diri... tido pn kadang cukop kadang tidak... makan pn kenyang x kenyang je... semua tertumpu kat balak... bile cuai sikit balak marah2 (mcmla die laki aku nk mrh2)... NORDIN pn x pnah mrh2 donad... skang mak aih byknye mase sampai terbuang2 hehe...
Sekarangla baru dpt kenal diri... sebelum ni asek fikir psl org lain je sampai diri sendiri pn terabai... bile dah kaji betol2 barula tau HEBAT JUGAK RUPENYE SITI NADHIRAH NI...hahaha! (skali skala meninggi diri x salah... *-*)

Lagi hebat dari BALAK yg sebelum ni donad puja2 ibarat pengarang jantung pisang + saket jantung tu... asek nmpk kehebatan die perdayekan diri ni sampai x nmpk kehebatan diri sendiri... bknnye sekejap x nmpk... 2 tahun huih lame tu... x patot... x patot...hehe...

Bukan nk memburuk2kan pihak yg seangkatan dengannye...tp mmg realiti ni... bile dah keluar dari dunia die donad betol2 happy... gembire yg x pnah2 dicapai selame ni... hehe... maknenye selame ngan die x pnah sehappy ni... hish pelik cne kapel ni...kapel ke epal hehe... donad lg byk berpura2 mse ngan die coz ikot semua kemahuan die... so ape yg dibuat semua x ikhlas cne nk happy...bile donad murung skali skala die melenting fuhh... pnyela bgos die mrh2 donad... (mcm bagos)...

Kalau betol sayang nape diluke2kan? npe ditengking2... dlm usaha nk mencari pasangan ni sbenanye kene ikhlas... xde paksaan... kalau mulekan dgn paksaan endingnye pn dgn paksaanla jugek... hubungan yg x ikhlas ni xkan tahan lame... (tp lamela jgk donad kene tanggung hish) salah sorang mangsela ni hehe... yg lelaki x habes2 nk puaskan nafsu kat si pmpuan... yg pmpuan lak x puas2 lg dpt kasih sayang keluarga sampai sanggup buat ape saje utk lelaki... (dua2 pihak salah) ^_^

Sekarang ALHAMDULILLAH... bile dah single nih byk mse terluang utk family... setiap mase family keluarga saudara mara family keluarga saudara mara... hehe... sejuta kali lebih tenang berbanding dgn hidup sebelum ni... xde lg fikir nk jage hati boipren yg xde nilai-nilai murni tu..opps! hehe... (die kapel bkn nk jd laki donad pn ish3 x patot...)

*bewarela yg tgh hanyut tu ye kwn2...



PENCARI CINTA HAKIKI... ^_^


PANDUAN UNTUK WANITA MENGENALI LELAKI BAIK oleh Dr HM Tuah Iskandar

Lelaki jujur tidak gemar kalau dia dicurigai. Dia juga tidak suka dikatakan sedang menyembunyikan sesuatu. Lelaki jujur biasanya cemerlang dalam pelajaran ataupun pekerjaan. Dia tidak punya masa untuk bermain sembunyi-sembunyi. Dia suka berterus terang dan dia mahu orang mempercayai kata-katanya. Kalau dia dicurigai dia boleh berasa amat kecewa dan boleh bertindak *****.


Misalnya, seorang suami yang memang tiada apa-apa skandal di luar, jika isterinya tidak habis-habis melemparkan kata-kata curiga, dia boleh bertindak betul seperti apa yang dikatakan oleh isterinya itu. Aku jujur pun isteri aku kata aku tak jujur. Baiklah aku tak payah jujur. Dikhuatiri kata-kata begini mula terdapat di dalam hatinya. Dia mungkin tidak bertindak songsang pada waktu terdekat, tetapi apabila titik hitam mula terbentuk di hatinya lambat laun, ia mungkin terjadi.


Begitu juga seorang lelaki jujur dalam kategori tunang ataupun teman. Orang jujur memang tidak patut dicurigai. Sebenarnya bukan orang jujur saja, siapa pun tidak suka jika dia dikatakan tidak baik, meskipun dia memang tidak baik. Jadi, cuba bayangkan perasaan seorang yang baik tetapi asyik dicurigai.


Persoalannya bagaimanakah hendak mengenali lelaki baik? Memang sukar namun kita perlu berpegang pada satu-satu prinsip untuk dijadikan panduan. Kita boleh kata tak semestinya begitu dan tak semestinya begini, tapi jika kita terus berkata begitu, kita tidak akan mencapai kesudahan. Kita akan menjadi seorang jurutikai dan tiba-tiba tanpa kita sedar dia sudah pun meninggalkan kita kerana tidak tahan dengan kerenah kita.


Oleh itu, jadikan apa yang akan saya paparkan di bawah ini sebagai panduan saja. Tidak semestinya betul, harus salah. Lelaki itu jujur jika:


1. Dia seorang yang cemerlang dalam usaha yang dilakukannya. Tidak semestinya betul tetapi kita boleh berpegang lelaki yang sibuk membina kecemerlangan diri memang tidak sempat untuk membina cinta-cinta palsu. Mana mungkin seorang yang sibuk menguruskan perniagaan ataupun tekun melakukan kerjanya ataupun seorang pelajar yang sibuk menelaah ada masa untuk mempermainkan wanita.


2. Dia seorang yang kuat pengamalan agamanya. Tidak semestinya betul sebab orang yang kuat beribadah pun tidak terlepas daripada godaan syaitan, malah semakin besar serbannya semakin besar pula syaitannya. Namun, tentulah lebih ramai yang sempurna hasil kuat peribadahan agamanya berbanding yang ambil tidak peduli dengan agamanya.


3. Dia seorang yang amat mengambil berat tentang keluarganya. Seorang lelaki yang baik pasti seorang yang amat disenangi oleh seluruh ahli keluarganya. Tumpuannya pada kerjaya, keluarga dan TUHAN.


Gabungan ketiga-tiga aspek ini menjadikan seseorang lelaki itu sempurna. Dia sudah tentu tidak punya masa untuk menjalin hubungan-hubungan luar biasa sebab kesibukannya bersama kerjaya, keluarga dan TUHAN.

ish3... no komen...


Susahnye bile dalam kelas semue pompuan ni.... hal kecik pon nak gadoh.... nak study empat sem... tiap-tiap hari jumpe muke yang same... x bezla gado gado....




Ingatlah sahabat…Bunga itu menguntum indah,Menyeri dan mekar memerah,Dipuji dengan berbagai-bagai madah,Esoknya bunga itu gugur ke tanah, Serpih demi serpih ia punah, Tanpa daun dan kelopaknya musnah.
Sahabatku…Engkau bukan layu seperti bunga,Dan aku bukan kumbang yang akan mengambil madunya,Lambang bunga lambang sementara cuma,Tetapi perjuangan kita tiada penghujungnya,Daerah kita bukan daerah cinta,Bukan masanya untuk memujuk kasih asmara,Tiada senda gurau memanjang yang meleka,Kerana kita dalam memperjuangkan agama.
Sahabatku.. Disini uda dan dara telah berkubur,Kita bina atasnya jihad yang subur.
Ingatlah sahabat…Bumi kita bumi yang payah,Penuh peluh, air mata dan mungkin darah,Bila kita jejak tapaknya perlu punyai wadah,Ikuti dibelakang ulama’ supaya tak goyah,Bila dikatakan pada mu: Perjuangan itu amat susah, Kau katakanlah kembali: Aku mengharap hanya keredhaan dari Allah.
Sahabatku…Semalam telah layu sekuntum bunga,Telah gugur dari jambangannya,Tetapi itu bukan perjuangan kita,Bukanlah itu sebagai lambangnya,Mulut telah kaku untuk bertanya,Hati malu untuk memikirkannya,Tidak seperti dahulunya,Kita kuat berhujah dan bersuara.
Ingatlah sahabatku.. Kerana dulu dan kini kita tetap seorang mujahid,Yang merindukan dan memburu syahid,Maaf kiranya tuturku yang pahit.
Senyumlah sahabat..Senyumlah dan serilah wajah, Walau pudar dan hambar datang tak sudah,Belajarlah menjadi seorang mujahid dan mujahidah,Doaku agar kita berani seperti Hamzah,Malah punyai semangat seperti Sumaiyah.




jadilah sahabat yang baik… Memang sudah menjadi fitrah semulajadi manusia ingin berkawan dan bersahabat.Sahabat sejati ialah yang sentiasa bantu membantu dalam mengerjakan kebaikan dan mencegah kemungkaran
Binalah nilai seorg sahabat yg baik