CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

MUSLIMAH

MUSLIMAH sejati bukanla dilihat dari segi kecantikan dan kayuan paras wajahnya…

Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil…

MUSLIMAH sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya dalam mentaati perintah ALLAH dan RASULNYA…


MUSLIMAH sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikan…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari keikhlasan hatinya ketika dia memberikan segala kebaikan itu…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari betapa indah lantunan suaranya…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari apa yang sering dibicarakan oleh mulutnya…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari keahlian bahasanya…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari cara dia menggunakan bahasa dalam berhujah menegakkan kebenaran…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya mengenakan busana hebat…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalanan…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang lain tergoda…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari segi sifat mesranya dalam bergaul…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam pergaulan...


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dijalani….

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada ALLAH…

MUSLIMAH sejati juga sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan…


Sedarlah Wahai Muslimah

Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

Nabi saw menjawab,”Kamu paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

(Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

(uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

(mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya.

(tirmizi, abu daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (abu daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(tabrani, baihaqi)

Nota: antara sesama wanita sahaja. Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa nabi bersabda,”laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan”.


Rendahnya rasa malu (terutama pada wanita) disebabkan oleh:

1. Tidak adanya pendidikan secara serius semenjak kecil, kerana orang yang terbiasa dengan sesuatu, pada masa mudanya akan terbawa terus hingga masa tuanya.

Sesungguhnya ranting-ranting itu akan tegak lurus

Manakala engkau meluruskannya (semasa tumbuh)

Namun ia tidak bisa diluruskan ketika sudah menjadi kayu


2. Seringnya wanita bergaul dan berbincang-bincang dengan laki-laki ajnabi (yang bukan mahramnya).


3. Seringnya bergaul dengan orang- orang yang sedikit rasa malunya atau seringnya melihat mereka. Contohnya menonton wayang, berjalan-jalan di pusat beli-belah, bertemu di mana-mana.


4. Termasuk faktor yang terpenting juga adalah dan seringnya wanita ke luar rumah. Allah berfirman...........

“Dan berdiamlah kamu di rumah-rumah kamu.”

Nabi SAW juga bersabda........

“Wanita itu adalah aurat. Sesungguhnya apabila ia keluar maka syaitan membuntutinya dan sesungguhnya dia tidak lebih dekat kepada Allah dibanding (ketika) ia berada di rumahnya”.

Al Hafizh ad Dimyati berkata, “Ibnu Khuzaimah dan para ulamak menyatakan bahawa solat wanita di rumahnya lebih baik berbanding solatnya di masjid, meskipun masjid, al-Haram Makah, masjid Nabawi Madinah atau masjid al Aqsha.

Ke masjid juga wanita tidak digalakkan keluar dari rumah inikan pula ke tempat yang lain... Sedarlah wahai muslimah..... Subhanallah....






Jangan Tertipu


Wahai pemuda-pemudi, janganlah kalian tertipu dengan cinta..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Cinta itu sering 'tampak' indah. Namun awas! Jangan anda tertipu dengannya.

Ramai yang berkata, “ Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?”

Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.

Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah(bencana)?

Cinta itu fitrah. Jadi, apakah pula yang cuba dimaksudkan dengan ‘janganlah kalian tertipu dengan cinta’?

Bukankah fitrah itu suatu yang membawa kepada kebaikan?


Apabila fitrah menjadi fitnah

Tidak dapat kita nafikan, pada hari ini, betapa pengaruh media massa itu memberikan impak besar dalam pembentukan pemikiran masyarakat kita. Isu-isu yang diketengahkan di media massa, itulah yang akan menjadi pusat pemerhatian masyarakat.

Sekarang, apa pula kena-mengena media massa dengan cinta?

Ok, di sini saya berikan satu contoh.

Kita sedang menonton satu movie yang bertemakan cinta (yang berlambak di pasaran). Ok, apa yang difokuskan dalam cerita itu?

Mulanya, ditunjukkan, bagaimana latar belakang kedua-dua watak utamanya; hero dan heroin itu. Berkenaan taraf kehidupan mereka, cara hidup mereka dan lain-lain. Kemudian, pengarah cerita memasukkan pula babak-babak seterusnya. Bagaimana mereka boleh terserempak, dan berkenalan. Kemudian, bagaimana perasaan ‘cinta’ itu tadi mula berputik. Dimulakan dengan minat, kemudian usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan pasangan tadi (dari sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak), dan usaha-usaha untuk mempertahankan cinta itu tadi.

Pause. Ok, anda sudah mula nampak apa yang cuba saya bawakan?

Kita dapat melihat kelebihan yang ada pada apa-apa media massa. Mereka boleh mengawal fokus penonton (atau pembaca).

Seperti yang kita dapat dilihat tadi, bagaimana, pengarah cerita tadi dapat mengawal pemikiran penonton tadi untuk memberikan fokus terhadap 'perjuangan' cerita, yakni ‘cinta’.

Kita teruskan. . .

“ Alaa, sibuk je perempuan tu!” kata seorang penonton, seakan tidak berpuas hati akan kewujudan orang ‘ketiga’, yang dianggap seperti perosak kepada perjuangan tadi, perjuangan cinta.

Dalam movie itu tadi, kesungguhan hero dan heroin dalam mendapatkan/mempertahankan cinta itu turut dipamerkan. Bagaimana halangan-halangan yang muncul dalam 'perjuangan' mereka itu tadi, cuba mereka atasi satu demi satu, dan pengorbanan-perngorbanan yang dilakukan, menyebabkan cinta yang cuba dipertahankan tampak sungguh agung.

“ Aisey, kacau la parent diorang ini. Jangan ganggu boleh tak?” Mungkin, ini kata-kata penonton tatkala scene parents kepada hero/heroin pula cuba menghalang cinta mereka. Em, tidak mustahil juga, kata-kata tadi turut muncul dari diri kita, mungkin bukan pada mulut, tapi pada hati, tanpa kita sedari.

Di sini, kesan 'perjuangan' cinta tadi sudah tertanam dalam minda penonton. Tanpa mereka sedari, mereka juga telah menjadi 'penyokong' kepada perjuangan cinta tersebut. ‘Perjuangan-perjuangan’ yang dipamerkan, walaupun terpaksa menentang kedua ibu bapa, mengorbankan komitmen hidup mereka, hanya atas nama cinta, dipandang suci. Semua itu dianggap pengorbanan-pengorbanan yang harus dipuji, atas tulusnya cinta yang wujud di antara mereka - hero dan heroin.

Betapa 'agung'nya cinta mereka itu tadi, sehingga ianya sudah pun diangkat menjadi matlamat. Apa-apa perkara lain yang menghalangnya, baik ringan maupun ringan, harus dikorbankan.

Nampak?

Inilah yang dipanggil sebagai ‘ghazwul fikr’ atau serangan pemikiran. Musuh-musuh Islam menggunakan pendekatan halus itu tadi untuk menyerang kita umat Islam.

Minda bawah sedar kita secara tidak langsung, mula menerima apa yang cuba dibawakan melalui cerita itu tadi; cinta itu matlamat. Percaya tak?

Hebat kan kesan 'ghazwul fikr' melalui media massa hari ini?

Movie itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi saluran-saluran lain yang dapat digunakan, contohnya drama, novel, komik, lagu, dan sebagainya.

Lalu, itulah yang kita dapat lihat pada masyarakat kita hari ini. Gejala-gejala sosial berleluasa dengan hebatnya atas nama cinta. Cinta dipandang sebagai 'perjuangan yang agung', itulah yang kemudiannya dihidupkan dalam masyarakat kita. Bahkan, para pendakwah juga tidak terlepas daripada terkena tempias yang ada.

Kita... mungkinkah pemikiran kita juga telah berjaya di'serang' dan di'tewas'kan tanpa kita sedari?


Bagaimana fitrah itu boleh dicemari

Kita sudah arif, bahawa, cinta itu memang pada hakikatnya adalah fitrah.

Namun, mengapa, fitrah itu boleh pula menjadi fitnah(bencana)?

Kenapa?

Ini berpunca apabila cinta itu dijadikan matlamat utama. Menjadikan cinta sebagai sole purposekehidupan kita. Seperti yang dapat kita lihat dari kisah yang saya ceritakan tadi.

Ya. Kita ambil air zam zam dan air coca cola sebagai analogi. Bayangkan, apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.

Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila sebanyak secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam. Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak lagi kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.

Jadi, begitu juga dengan cinta yang wujud pada masyarakat kita tadi.

Apabila manusia meletakkan cinta sebagai matlamat utama hidup mereka, secara tidak langsung, cinta itu tadi, telah mereka campurkan dengan perkara-perkara lain. Nafsu mereka, keburukan-keburukan, maksiat-maksiat, dan sebagainya yang tidak suci(fitrah), yang kemudiannya akan mencemarkan kesuciaan cinta itu tadi.

Akhirnya, cinta itu yang yang pada mulanya tadi bersih itu, kini kelihatan kotor - daripada fitrah, menjadi fitnah.


Babak-babak dalam kehidupan kita

Tadi, saya ceritakan babak-babak dalam movie. Kini, saya bawakan pula babak-babak dalam kehidupan kita. Kejadian-kejadian realiti.

Ada kes, yang mana, seorang muslimah sanggup murtad demi mempertahankan cinta.

Terdapat juga kes-kes, yang mana manusia itu, sanggup membunuh diri hanya disebabkan putus cinta.

Tidak kurang juga kejadian, di mana manusia sanggup menggadaikan maruah dan harga diri mereka, hanya atas harga - cinta.

Malah, yang turut menyedihkan juga, terdapat peristiwa, di mana para pendakwah, gugur dalam perjuangan dakwah mereka, disebabkan cinta mereka tadi tidak berbalas.

Rugi bukan?

Apa puncanya?

Inilah kesannya apabila cinta itu tadi, telah kita jadikan sebagai matlamat kita. Dan perkara-perkara yang menghalang cinta pula, mungkin telah kita lihat sebagai suatu ancaman yang harus disingkirkan.

Satu cara pandang yang sudah terbias.

Justeru, mari sama-sama kita kembali menjernihkan cara pandang masyarakat kita terhadap 'cinta'.


Penutup: Kembali meletakkan cinta di tempatnya


Cinta itu bukan tuhan. Nafsu itu bukan untuk dituruti.
~pic from http://www.malaysianize.com/

Allah mengkaruniakan cinta kepada manusia. Pasti, ia bukan sesuatu yang hanya sia-sia bukan?

Oleh itu, ayuh kita murnikan kembali pandangan kita terhadap cinta.

Tidaklah Allah mengkaruniakan cinta itu, melainkan, agar memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita.

Apa matlamat hidup kita?

" Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
[Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]

Ya, Allah - itulah matlamat kita.

Bukan cinta.

Cinta hanyalah salah satu alat, untuk mencapai matlamat kita tadi. Dan ianya tidak lebih dari itu.

Persoalannya,

Pada hari ini, siapakah yang tinggal untuk kembali memurnikan cinta? Siapa yang akan memperjuangkan agama, meletakkan Allah sebagai matlamat utama?

Moga hati-hati kita, dalam diam, menjawab, "saya".

InsyaAllah. . . :)