CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

Dear Sisters ^_^

Dear Sisters ♥
You all are Beautiful ♥
Don't harm yourself for a guy who goes only for your looks. ♥
You are your Father's Doll and Mother's Princess ♥
So don't let somebody make you feel low and down ♥ .
The way you Smile.The way You have that twinkle in your eyes. ♥
The way you cheer up Your Family and Friends, ♥
And the way you care.... ♥
That is all what make you all Beautiful... :) ♥

From Islamic Book [Facebook]






WANITA dan Lelaki



Di akhirat, 1 lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
  1. Ibunya
  2. Isterinya
  3. Anak Perempuannya
  4. Saudara Perempuannya
Manakala 1 wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini:
  1. Suaminya
  2. Ayahnya
  3. Anak lelakinya
  4. Saudara lelakinya
Seseorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yangg disukainya apabila wanita itu cukup dengan 4 syarat ini:
  1. Sembahyang 5 Waktunya Di Jaga
  2. Puasa di Bulan Ramadhan Dengan Istiqamah
  3. Taat Kepada Si Suaminya
  4. Menjaga Kehormatan Dirinya
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki, kamu sebenarnya adalah istimewa di sisi Allah. Maka dengan sebab itu, DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.
Maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing-masing antara lelaki dan wanita dapat pulang menghadap Allah dalam keadaan istimewa di sisi-NYA.
“Berpeganglah kamu sekalian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukan-Nya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmat-Nya.
Pada hari itu (Hari Kiamat), manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan anggota badan manusia itu juga menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri..”
~ (Ali-Imran: 103)

MUSLIMAH

MUSLIMAH sejati bukanla dilihat dari segi kecantikan dan kayuan paras wajahnya…

Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil…

MUSLIMAH sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya dalam mentaati perintah ALLAH dan RASULNYA…


MUSLIMAH sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersonakan…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersonakan itu…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikan…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari keikhlasan hatinya ketika dia memberikan segala kebaikan itu…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari betapa indah lantunan suaranya…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari apa yang sering dibicarakan oleh mulutnya…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari keahlian bahasanya…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari cara dia menggunakan bahasa dalam berhujah menegakkan kebenaran…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari keberaniannya mengenakan busana hebat…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana dia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari kekhuatirannya digoda orang di jalanan…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari kekhuatiran dirinyalah yang mengundang orang lain tergoda…


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari segi sifat mesranya dalam bergaul…

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana dia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam pergaulan...


MUSLIMAH sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang dijalani….

Tetapi MUSLIMAH sejati dilihat dari sejauh mana dia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada ALLAH…

MUSLIMAH sejati juga sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan…


Sedarlah Wahai Muslimah

Nabi saw pernah bersabda,”Wahai kaum wanita! Kamu(teristimewanya) bayarlah sedekah dan banyak bertaubat, kerana daku melihat kebanyakan penghuni neraka adalah wanita.”

Salah seorang daripada pendengar berkata, “Wahai Rasulullah! Apakah kesalahan kami yang kebanyakan daripada kami akan memasuki neraka?”

Nabi saw menjawab,”Kamu paling kerap mempunyai tabiat melaknat(semasa perbualan) dan kamu lebih tidak bersyukur kepada suami kamu. Daku tidak melihat seseorang yang kekurangan dalam ketakwaan dan hikmah seperti kamu tetapi menguasai seorang yang berhikmah.”

(Bukhari, Muslim, Tarjumanus Sunnah) Hazrat Ibnu Mas’ud telah memberitakan bahawa nabi bersabda,”seseorang wanita patut ditutupi kerana apabila dia keluar, syaitan akan memandangnya,”(Tirmizi) Begitu juga, maka perlulah wanita menjaga suara supaya tidak didengari oleh orang luar. Adalah juga penting, lelaki menghindari dari melafazkan puisi di khalayak wanita lain oleh kerana wanita bersifat lembut hatinya dan mudah cenderung kepada pengaruh buruk.

(uswah rasool e akram) Hazrat Hasan Basari ra. memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”

(mishkat) Hazrat Abu Musa ra. Telah meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda,”mata yang memandang kepada seseorang lelaki atau wanita asing dengan niat buruk adalah penzinaan dan seseorang wanita yang mewangikan dirinya dan kemudiannya lalu di hadapan khalayak lelaki adalah tiada bezanya.

(tirmizi, abu daud) Hazrat Ibnu Mulaika ra memberitahu bahawa apabila seseorang menyatakan kepada Hazrat Aisyah bahawa seorang wanita sedang memakai sandal(kasut lelaki) maka dia menjawab bahawa Rasulullah melaknati wanita yang bersifat kelakian (abu daud) Adalah sunnah bagi wanita mengucap salam dan selamat antara satu sama lain dan berjabat tangan. Ini patut digalakkan.(tabrani, baihaqi)

Nota: antara sesama wanita sahaja. Ibnu Abi Dunya dan Baihaqi telah memberitakan dari Ash Shabi bahawa nabi bersabda,”laknatlah kepada penyanyi-penyanyi perempuan dan kepada sesiapa yang mereka nyanyikan”.


Rendahnya rasa malu (terutama pada wanita) disebabkan oleh:

1. Tidak adanya pendidikan secara serius semenjak kecil, kerana orang yang terbiasa dengan sesuatu, pada masa mudanya akan terbawa terus hingga masa tuanya.

Sesungguhnya ranting-ranting itu akan tegak lurus

Manakala engkau meluruskannya (semasa tumbuh)

Namun ia tidak bisa diluruskan ketika sudah menjadi kayu


2. Seringnya wanita bergaul dan berbincang-bincang dengan laki-laki ajnabi (yang bukan mahramnya).


3. Seringnya bergaul dengan orang- orang yang sedikit rasa malunya atau seringnya melihat mereka. Contohnya menonton wayang, berjalan-jalan di pusat beli-belah, bertemu di mana-mana.


4. Termasuk faktor yang terpenting juga adalah dan seringnya wanita ke luar rumah. Allah berfirman...........

“Dan berdiamlah kamu di rumah-rumah kamu.”

Nabi SAW juga bersabda........

“Wanita itu adalah aurat. Sesungguhnya apabila ia keluar maka syaitan membuntutinya dan sesungguhnya dia tidak lebih dekat kepada Allah dibanding (ketika) ia berada di rumahnya”.

Al Hafizh ad Dimyati berkata, “Ibnu Khuzaimah dan para ulamak menyatakan bahawa solat wanita di rumahnya lebih baik berbanding solatnya di masjid, meskipun masjid, al-Haram Makah, masjid Nabawi Madinah atau masjid al Aqsha.

Ke masjid juga wanita tidak digalakkan keluar dari rumah inikan pula ke tempat yang lain... Sedarlah wahai muslimah..... Subhanallah....






Jangan Tertipu


Wahai pemuda-pemudi, janganlah kalian tertipu dengan cinta..

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.


Cinta itu sering 'tampak' indah. Namun awas! Jangan anda tertipu dengannya.

Ramai yang berkata, “ Cinta itu fitrah. Jadi, apa salahnya pada cinta?”

Ya. Tidak dapat dinafikan, cinta itu adalah fitrah. Fitrah, bererti sesuatu yang bersih. Fitrah bererti cinta itu sesuatu yang suci.

Namun, bagaimana sesuatu yang suci itu boleh menjadi fitnah(bencana)?

Cinta itu fitrah. Jadi, apakah pula yang cuba dimaksudkan dengan ‘janganlah kalian tertipu dengan cinta’?

Bukankah fitrah itu suatu yang membawa kepada kebaikan?


Apabila fitrah menjadi fitnah

Tidak dapat kita nafikan, pada hari ini, betapa pengaruh media massa itu memberikan impak besar dalam pembentukan pemikiran masyarakat kita. Isu-isu yang diketengahkan di media massa, itulah yang akan menjadi pusat pemerhatian masyarakat.

Sekarang, apa pula kena-mengena media massa dengan cinta?

Ok, di sini saya berikan satu contoh.

Kita sedang menonton satu movie yang bertemakan cinta (yang berlambak di pasaran). Ok, apa yang difokuskan dalam cerita itu?

Mulanya, ditunjukkan, bagaimana latar belakang kedua-dua watak utamanya; hero dan heroin itu. Berkenaan taraf kehidupan mereka, cara hidup mereka dan lain-lain. Kemudian, pengarah cerita memasukkan pula babak-babak seterusnya. Bagaimana mereka boleh terserempak, dan berkenalan. Kemudian, bagaimana perasaan ‘cinta’ itu tadi mula berputik. Dimulakan dengan minat, kemudian usaha-usaha yang dilakukan untuk mendapatkan pasangan tadi (dari sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak), dan usaha-usaha untuk mempertahankan cinta itu tadi.

Pause. Ok, anda sudah mula nampak apa yang cuba saya bawakan?

Kita dapat melihat kelebihan yang ada pada apa-apa media massa. Mereka boleh mengawal fokus penonton (atau pembaca).

Seperti yang kita dapat dilihat tadi, bagaimana, pengarah cerita tadi dapat mengawal pemikiran penonton tadi untuk memberikan fokus terhadap 'perjuangan' cerita, yakni ‘cinta’.

Kita teruskan. . .

“ Alaa, sibuk je perempuan tu!” kata seorang penonton, seakan tidak berpuas hati akan kewujudan orang ‘ketiga’, yang dianggap seperti perosak kepada perjuangan tadi, perjuangan cinta.

Dalam movie itu tadi, kesungguhan hero dan heroin dalam mendapatkan/mempertahankan cinta itu turut dipamerkan. Bagaimana halangan-halangan yang muncul dalam 'perjuangan' mereka itu tadi, cuba mereka atasi satu demi satu, dan pengorbanan-perngorbanan yang dilakukan, menyebabkan cinta yang cuba dipertahankan tampak sungguh agung.

“ Aisey, kacau la parent diorang ini. Jangan ganggu boleh tak?” Mungkin, ini kata-kata penonton tatkala scene parents kepada hero/heroin pula cuba menghalang cinta mereka. Em, tidak mustahil juga, kata-kata tadi turut muncul dari diri kita, mungkin bukan pada mulut, tapi pada hati, tanpa kita sedari.

Di sini, kesan 'perjuangan' cinta tadi sudah tertanam dalam minda penonton. Tanpa mereka sedari, mereka juga telah menjadi 'penyokong' kepada perjuangan cinta tersebut. ‘Perjuangan-perjuangan’ yang dipamerkan, walaupun terpaksa menentang kedua ibu bapa, mengorbankan komitmen hidup mereka, hanya atas nama cinta, dipandang suci. Semua itu dianggap pengorbanan-pengorbanan yang harus dipuji, atas tulusnya cinta yang wujud di antara mereka - hero dan heroin.

Betapa 'agung'nya cinta mereka itu tadi, sehingga ianya sudah pun diangkat menjadi matlamat. Apa-apa perkara lain yang menghalangnya, baik ringan maupun ringan, harus dikorbankan.

Nampak?

Inilah yang dipanggil sebagai ‘ghazwul fikr’ atau serangan pemikiran. Musuh-musuh Islam menggunakan pendekatan halus itu tadi untuk menyerang kita umat Islam.

Minda bawah sedar kita secara tidak langsung, mula menerima apa yang cuba dibawakan melalui cerita itu tadi; cinta itu matlamat. Percaya tak?

Hebat kan kesan 'ghazwul fikr' melalui media massa hari ini?

Movie itu hanyalah satu contoh. Banyak lagi saluran-saluran lain yang dapat digunakan, contohnya drama, novel, komik, lagu, dan sebagainya.

Lalu, itulah yang kita dapat lihat pada masyarakat kita hari ini. Gejala-gejala sosial berleluasa dengan hebatnya atas nama cinta. Cinta dipandang sebagai 'perjuangan yang agung', itulah yang kemudiannya dihidupkan dalam masyarakat kita. Bahkan, para pendakwah juga tidak terlepas daripada terkena tempias yang ada.

Kita... mungkinkah pemikiran kita juga telah berjaya di'serang' dan di'tewas'kan tanpa kita sedari?


Bagaimana fitrah itu boleh dicemari

Kita sudah arif, bahawa, cinta itu memang pada hakikatnya adalah fitrah.

Namun, mengapa, fitrah itu boleh pula menjadi fitnah(bencana)?

Kenapa?

Ini berpunca apabila cinta itu dijadikan matlamat utama. Menjadikan cinta sebagai sole purposekehidupan kita. Seperti yang dapat kita lihat dari kisah yang saya ceritakan tadi.

Ya. Kita ambil air zam zam dan air coca cola sebagai analogi. Bayangkan, apa yang akan terjadi apabila secawan air zam zam tadi dicampurkan pula dengan beberapa titis air coca cola.

Pasti warnanya berubah bukan. Apatah lagi, apabila sebanyak secawan lagi air coca cola tadi dimasukkan ke dalam air zam zam. Pasti, warnanya akan berubah dengan mendadak. Kesucian air zam zam pada mulanya tadi pun sudah tidak lagi kelihatan. Yang terlihat, hanya hitam dan kekerohan.

Jadi, begitu juga dengan cinta yang wujud pada masyarakat kita tadi.

Apabila manusia meletakkan cinta sebagai matlamat utama hidup mereka, secara tidak langsung, cinta itu tadi, telah mereka campurkan dengan perkara-perkara lain. Nafsu mereka, keburukan-keburukan, maksiat-maksiat, dan sebagainya yang tidak suci(fitrah), yang kemudiannya akan mencemarkan kesuciaan cinta itu tadi.

Akhirnya, cinta itu yang yang pada mulanya tadi bersih itu, kini kelihatan kotor - daripada fitrah, menjadi fitnah.


Babak-babak dalam kehidupan kita

Tadi, saya ceritakan babak-babak dalam movie. Kini, saya bawakan pula babak-babak dalam kehidupan kita. Kejadian-kejadian realiti.

Ada kes, yang mana, seorang muslimah sanggup murtad demi mempertahankan cinta.

Terdapat juga kes-kes, yang mana manusia itu, sanggup membunuh diri hanya disebabkan putus cinta.

Tidak kurang juga kejadian, di mana manusia sanggup menggadaikan maruah dan harga diri mereka, hanya atas harga - cinta.

Malah, yang turut menyedihkan juga, terdapat peristiwa, di mana para pendakwah, gugur dalam perjuangan dakwah mereka, disebabkan cinta mereka tadi tidak berbalas.

Rugi bukan?

Apa puncanya?

Inilah kesannya apabila cinta itu tadi, telah kita jadikan sebagai matlamat kita. Dan perkara-perkara yang menghalang cinta pula, mungkin telah kita lihat sebagai suatu ancaman yang harus disingkirkan.

Satu cara pandang yang sudah terbias.

Justeru, mari sama-sama kita kembali menjernihkan cara pandang masyarakat kita terhadap 'cinta'.


Penutup: Kembali meletakkan cinta di tempatnya


Cinta itu bukan tuhan. Nafsu itu bukan untuk dituruti.
~pic from http://www.malaysianize.com/

Allah mengkaruniakan cinta kepada manusia. Pasti, ia bukan sesuatu yang hanya sia-sia bukan?

Oleh itu, ayuh kita murnikan kembali pandangan kita terhadap cinta.

Tidaklah Allah mengkaruniakan cinta itu, melainkan, agar memudahkan kita mencapai matlamat hidup kita.

Apa matlamat hidup kita?

" Dan tidak aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu."
[Surah Adz-Dzariyat, 51: 56]

Ya, Allah - itulah matlamat kita.

Bukan cinta.

Cinta hanyalah salah satu alat, untuk mencapai matlamat kita tadi. Dan ianya tidak lebih dari itu.

Persoalannya,

Pada hari ini, siapakah yang tinggal untuk kembali memurnikan cinta? Siapa yang akan memperjuangkan agama, meletakkan Allah sebagai matlamat utama?

Moga hati-hati kita, dalam diam, menjawab, "saya".

InsyaAllah. . . :)

COUPLE (di sini bermulanya zina)


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar. Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~

Memang lumrah manusia, seorang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati. Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?"Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.

Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak. Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.

Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya.

Hampir setahun kita bercinta. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je.

Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan. Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.

Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya. Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita.

Masa terus berlalu. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu. Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlahkamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?" Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.."

“Bercinta ke?”

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya:
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

Dengan suara yang lembut abang tu jawab:
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya nata hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,

"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

" Zina hati?” Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung.

"Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab,

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.

"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'."

Tiba-tiba saya terfikir,

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,

"Anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga. "Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya."Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.. "Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..
SENDING..
MESSAGE SENT
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216,

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...

















KeiNDaHan Yg x DpT DiLuaHKaN ^^




Berdoa utk seorang insan yg akan menjadi sebhgn dr hdup ni.. ^_^
Agar die menjadi insan yg sempurna di dunia & di akhirat...jd hidupnye tidaklah sia-sia...
Sentiase mendoakan agar die jd....
Seorg insan yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH) lebih dr segalanye...
Insan punyai hati yg sungguh haus akan rahmatMu...
Sentiasa memiliki keinginan utk mentauladani sifat2 agung-Mu...
Seorg insan yg akan meletakkan diri sy pd posisi kedua di hatinye setlh Engkau...
Seorg insan yg hdup bkn utk dirinye sendiri tapi untuk-Mu...
Seorg insan yg punyai hati yg bijak bkn hanya sekadar otak yg cerdas...

Seorang insan yg x hanya mencintai sy tetapi juga menghormati sy...
Seorg insan yg x hanya memuja sy tapi juga menasihati sy ketika berbuat salah...
Seorg insan yg mencintai sy bkn krn kecantikan tapi krn hati sy...
Seorg insan yg dpt menjadi sahabat dlm stiap waktu & situasi...
Seorg insan yg memerlukan dorongan sy sbg peneguh dirinye...
Seorg insan yg memerlukan doa sy utk kehidupannye...
Seorg insan yg memerlukan snyuman sy utk mengurangi kesedihannye...
Seorg insan yg memerlukan sy utk menyempurnakan hidupnye...

DAN sy juge berdoa agar insan ni menjadikan SAYA...
Seorg perempuan yg dpt membuat die gembire & bangga...
Punyai sebuah hati yg bersih & hati yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH)...
Agar sy dpt mencintai insan itu tanpa melupakan-Mu...^^

Selalu berdoa utknye...
Kerap memberi kata2 sokongan kpdnye...
Agar dpt memupuk semangat membuat kebaikan dlm dirinye setiap hari...
Sentiasa dpt melihat hal2 yg baik dlm dirinya & bukan hal2 buruk sje...
Pengukir senyumannya pd setiap pagi hari...
Pengubat kepenatannnye pd setiap malam hari...

Dan apabila kami menghadap-Mu kadang kala hati kami akan berdetik...
"Betape besarnye Engkau krn tlh memberikan kpdku
seseorg yg dpt membuat hidup ini menjadi lebih sempurna"

ALHAMDULILLAH



^_^



ish3 karat habes demam2 ni...
skali skale karat xpekan... :P