CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Pages

KeiNDaHan Yg x DpT DiLuaHKaN ^^




Berdoa utk seorang insan yg akan menjadi sebhgn dr hdup ni.. ^_^
Agar die menjadi insan yg sempurna di dunia & di akhirat...jd hidupnye tidaklah sia-sia...
Sentiase mendoakan agar die jd....
Seorg insan yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH) lebih dr segalanye...
Insan punyai hati yg sungguh haus akan rahmatMu...
Sentiasa memiliki keinginan utk mentauladani sifat2 agung-Mu...
Seorg insan yg akan meletakkan diri sy pd posisi kedua di hatinye setlh Engkau...
Seorg insan yg hdup bkn utk dirinye sendiri tapi untuk-Mu...
Seorg insan yg punyai hati yg bijak bkn hanya sekadar otak yg cerdas...

Seorang insan yg x hanya mencintai sy tetapi juga menghormati sy...
Seorg insan yg x hanya memuja sy tapi juga menasihati sy ketika berbuat salah...
Seorg insan yg mencintai sy bkn krn kecantikan tapi krn hati sy...
Seorg insan yg dpt menjadi sahabat dlm stiap waktu & situasi...
Seorg insan yg memerlukan dorongan sy sbg peneguh dirinye...
Seorg insan yg memerlukan doa sy utk kehidupannye...
Seorg insan yg memerlukan snyuman sy utk mengurangi kesedihannye...
Seorg insan yg memerlukan sy utk menyempurnakan hidupnye...

DAN sy juge berdoa agar insan ni menjadikan SAYA...
Seorg perempuan yg dpt membuat die gembire & bangga...
Punyai sebuah hati yg bersih & hati yg sungguh mencintai-Mu (ALLAH)...
Agar sy dpt mencintai insan itu tanpa melupakan-Mu...^^

Selalu berdoa utknye...
Kerap memberi kata2 sokongan kpdnye...
Agar dpt memupuk semangat membuat kebaikan dlm dirinye setiap hari...
Sentiasa dpt melihat hal2 yg baik dlm dirinya & bukan hal2 buruk sje...
Pengukir senyumannya pd setiap pagi hari...
Pengubat kepenatannnye pd setiap malam hari...

Dan apabila kami menghadap-Mu kadang kala hati kami akan berdetik...
"Betape besarnye Engkau krn tlh memberikan kpdku
seseorg yg dpt membuat hidup ini menjadi lebih sempurna"

ALHAMDULILLAH



^_^



ish3 karat habes demam2 ni...
skali skale karat xpekan... :P


Nak Tau Tak...??




15 RAHSIA WANITA YANG ANDA KENE TAHU..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan anda selepas anda menyakiti hatinya, lebih baik anda beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum anda menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tahu macam mana nak menerima pujian.

7. Jika anda tidak suka dengan gadis yang sukakan anda separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang anda tak akan tahu kerana bila dia dah buat keputusan dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri dari anda selepas anda tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya anda masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai seorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali anda ajak berjumpa, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat dengan anda kene fahamlah ye.

Jadi paham2lah ye... peace ^_^

Our Weapon


Doa ialah senjata orang mukmin. Maka janganlah putus asa dalam berdoa kepada Allah. Antara syarat-syarat supaya doa dimakbulkan Allah ialah:



  • Menjauhi perkara mungkar dan maksiat ketika berdoa.

  • Menepati adab dan rukun berdoa; Imam al-Ghazali Rahimahullah ada menyebut dalam kitabnya Ihya' Ulumuddin antaranya: - Mestilah memerhatikan waktu-waktu yang syarifah (mulia). Mencari waktu-waktu yg maqbul misalnya hari Arafah, Jumaat.

  • Menuntut keadaan yg baik , misalnya keadaan sangat berhajat / suntuk.

  • Menghadap kiblat.

  • Merendahkan suara diantara dengar dan tidak.

  • Tidak dengan cara takalluf / tidak mengeraskan bunyi suara.

  • Disertai khusyuk /tadarru’ /rasa haibah dan rahabah kan tuhan.

  • Dengan azam doa pasti diterima. Cuma masa saja hukmul waqti (berlaku hanya apabila tiba masanya).

  • Bersungguh-sungguh dan mengulang-ulangi doa.

  • Dimulai dengan dengan nama Allah, selawat , zikrul Allah.

  • Adab batin.

  • Melakukan kebajikan sebelum dan sesudah berdoa.

  • Meyakini bahawa Allah SWT akan memakbulkan doa kita tidak kira cepat atau lambat.

  • Berdoa bukan untuk tujuan maksiat atau dosa.

  • Bukan berdoa untuk perkara yang mustahil diperoleh.

  • Hendaklah sentiasa melakukan suruhan Allah dann menjauhi larangannya.

  • Meyakini kekuasaan dan ikhlas berdoa kepada Allah.

  • Berusaha dan berikhtiar sejajar dengan apa yang didoakannya.

  • Doa mestilah dihadapkan dan diminta hanya daripada Allah sahaja..

    Doa Islah (membaiki agama) yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w :



    أللهمَّ أصَْلِحْ لِى فِى دِيْنِى الْذِّى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى .وَأَصِلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشِى وَأَصِلِحْ لِى أَخِرَتِى التى فِيْهَا مَعَادِى .وَجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِىْ فِى كُلَّ خَيْرٍ وَالْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ.وَلاَ تَجْعَلْ مُصيِْبَتِى فِى دِيْنِى وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّى وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِى.



    Ertinya : Wahai Allah , baikilah bagiku agamaku yang mana ia adalah pemeliharaku urusanku. Dan baikilah bagiku duniaku yang mana padanya tempat-tempat kehidupanku. Dan baikilah bagiku akhiratku yang mana padanya tempat-tempat kembaliku . Dan jadikan hidupku bertambah baik pada tiap-tiap kebajikan , dan maut sebagai kerehatan bagiku dari tiap-tiap kejahatan. Janganlan engkau jadikan musibah /bala pada agamaku , dan janganlah engkau jadikan dunia yang lebih besar dari cita-citaku dan jangan jadikan dunia hujung-hujung kesudahan pengetahuanku.

LeT ALLAH DeCiDe ~OuR FaTe~

pic from blog LAKARAN HIDUPKU...

Cinta yg dialirkan oleh Allah ke dlm hati is cinta yg benar... Cinta yg bkn diukur ikut pandangan mata tpi ikut pandangan Allah... Cinta mcm ni xde batasannye... X kenal kedudukan or usia... And cinta lahir hasil dari sesame luv pada Allah...insyaAllah *-*
If cinta mcm ni berlaku between lelaki dgn perempuan yg x diikat oleh tali perkahwinan, mereka xkan berkeinginan yg tergesa2 utk berjumpa, berckp or melakukan apa saja yg bertentangan dgn kemahuan Allah...
Cinta mereka xkan dicelahi oleh nafsu... sbaliknya cinta itu ialah tautan hati yg berlaku walaupun x prnah jumpa or baru knl tpi hati still syg dan rindu...

oh how sweet if I can feel it... ^^

DiRi SenDiRi DuLu


ENGKAU ingin memperjuangkan Islam
Perjuangkan Islam di dalam diri lebih dahulu
Engkau ingin didik orang, didiklah diri lebih dahulu
Engkau ingin menyampaikan risalah Islam?
Engkau hayati lebih dahulu
Kalau engkau merasa Islam itu satu kebenaran
Tegakkanlah kebenaran di dalam diri lebih dahulu
Islamkanlah diri lebih dahulu
Sebelum meng-Islamkan orang
Kalau tidak begitu, nanti akan ditertawakan orang
Jika di dalam diri belum kelihatan Islamnya
Mana boleh mempengaruhi orang lain untuk menerima Islam
Di dalam diri belum selesai
Mana boleh meyakinkan orang untuk menerimanya
Pakailah Islam itu di dalam diri lebih dahulu
Orang akan melihatnya
Kalau indah dilihatnya
Akan ramai pula yang akan memakainya
Islam bukan macam menjual barang
Apa yang kita jual tidak mesti kita pakai
Kita tidak memakai apa yang kita jual, orang tidak akan mempertikaikan
Tapi Islam adalah keyakinan, keindahan dan keselamatan
Tentulah kita dahulu yang mengamalkannya... ^_^

Petua Mencari Calon Suami Yg Baik

1. Yang mampu.

2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda. Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup. Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.

3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan. Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu. Begitu juga isteri yang baik. Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan. Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.

4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga. Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.

5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk. Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah. Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk. Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.

6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan. Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik. Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

KasihaN GadiS CantiK iTu


Gadis cantik itu..
Aku rasa kasihan padanya
Wajahnya ayu, tutur katanya lembut, senyumnya manis sekali
Ah! Pastinya sang kumbang bermata keranjang suka melihat
Ke mana sahaja dia pergi sang kumbang akan automatik naik gatal
Kumbang-kumbang itu bukan sembarangan kumbang
Kumbang yang belajar agama, kumbang berkopiah
Aduh kasihan..
Imannya diuji bertalu-talu!

Gadis cantik itu
Aku tahu dia punya pendirian
Mahu jual mahal
Tapi bila saat lelaki yang kononnya 'mahal' datang kepadanya
Dia juga hampir kecundang
Dia juga mula merasa dirinya sungguh cantik
Aduh kasihan..

Gadis cantik itu mahu berubah
Mahu ikut serta barisan dakwah
Tapi ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dakwah itu kerja orang laki-laki
Tak elok orang perempuan selalu keluar rumah

Melihat orang berpurdah
Terbit di hati si gadis cantik mahu pakai purdah
Tapi si gadis tidak rasa bersedia
Tidak rasa kuat
Aduh kasihan..
Lagi kasihan kalau dia fikir
Wajahnya itu rugi kalau tidak ditayang

Gadis cantik itu mahu nikah
Tapi ditunggunya lelaki sefikrah
Aduh...aku rasa kasihan lagi
Bila mahu nikah kalau menunggu sebegitu

Gadis cantik itu..
Terus menerus lagi menghadapi arus
Menepis-nepis fitnah yang datang menghunus
Fitnah kejam, fitnah jahat, fitnah busuk..
Kasihan gadis itu...